Gempar..Murid Darjah 4 Bersalin Di Klinik..Apa Yang Berlaku Beberapa Jam Sebelum Kejadian Benar-Benar Mengejutkan ..

BAHAU: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun barangkali menjadi ibu termuda di negara ini apabila dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta dekat sini pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata nenek kepada budak perempuan tersebut membawanya ke sebuah klinik swasta apabila cucunya itu mengadu sakit perut.

Neneknya terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa budak perempuan itu sebenarnya mengalami sakit hendak bersalin.

"Siasatan awal mendapati budak perempuan itu tinggal bersama ibu bapanya di Bahau. Kami sedang menyiasat perkara itu," katanya.

0 comment... add one now